Saturday, March 14, 2015

PEMBENTUKAN MALAYSIA


RANGKA ATAU OBJEKTIF PEMBENTUKAN MALAYSIA:





LATAR BELAKANG : IDEA-IDEA AWAL PEMBENTUKAN

  • Sejarah Pembentukan Malaysia,Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September 1963 Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
  • Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang bertajuk ‘From Malayan Union to Singapore Separation’  Idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British berjaya menguasai sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo .
  • Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan pandangan daripada semua pihak.
PERTEMUAN KHAS :

  • Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura, Tunku dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk membentuk Malaysia Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan TUNKU Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di London.
  • Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
  • Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan Filipina (tuntut Sabah). Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September1963.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA :

1)MENGELAKKAN KUASA ANCAMAN KOMUNIS

     i)Mengukuhkan sistem pertahanan bagi  membanteras ancaman pengganas komunis di             Asia Tenggara  termasuk Tanah Melayu.

     ii)Mendapat sokongan daripada British & Amerika Syarikat.
   
     iii) Bimbang dengan pengaruh komunis yang semakin berkembang di Singapura dan                      kemudian ke Sarawak.


    2) MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN BAGI SABAH,SARAWAK DAN BRUNEI
  i) Tahun 1960an British ingin membawa lebih banyak kemerdekaan kepada tanah jajahannya.Dengan menggabungkan negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu memudahkan negeri-negeri terbabit merdeka.

 ii) Pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia berminat terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei.   Senario ini membimbangkan British kerana bakal menyukarkan pengaruh politik British di AsiaTenggara pada masa akan datang.

3) PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI:
i) Perkongsian Faedah ekonomi sekaligus  membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi serantau. Kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri/ berasingan dalam persaingan antarabangsa.
ii) Negara-negara anggota bekerjasama dari segi ekonomi dan perdagangan. Negara yang kaya membantu negara yang miskin seperti Tanah Melayu dan Brunei membantu Sabah dan Sarawak daripada segi ekonomi.

4)  MEMBELA MASYARAKAT BUMI PUTRA SABAH DAN SARAWAK DAN KEPENTINGAN HAK MELAYU DI TANAH MELAYU
  SABAH DAN SARAWAK:
 i)  Penyertaan penduduk di negeri-negeri terbabit yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dapat disatukan dengan penduduk Tanah Melayu dan seterusnya menyatukan dari aspek pembangunan sosial dan perpaduan.
ii)  Nasib penduduknya tidak sama dengan nasib penduduk di Tanah Melayu.
iii) Nasib penduduknya tidak sama dengan nasib penduduk di Tanah Melayu.
iv) Kehidupan mereka ketinggalan terutama daripada segi pembangunan & pendidikan.

TANAH MELAYU :
i) Tujuannya untuk mengekalkan keseimbangan kaum antara kaum Melayu dengan Kaum Imigran dan seterusnya kumpulan Melayu dan Bumiputera sebagai kumpulan yang lebih besar.
ii) Singapura = Majoriti kaum cina
iii) Sabah dan Sarawak = Kaum bumiputera


5) DASAR KERAJAAN BRITISH:
i)     Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah timbul usul kepada kuasa-kuasa besar agar memerdekakan tanah-tanah jajahan dan usul ini diterima pakai oleh British.
ii) Keyakinan pihak British bahawa Pembentukan Malaysia dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dapat menjaga kepentingan pelaburan.

REAKSI NEGARA LAIN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA :

  Sabah Sokongan:
i) Penduduk bumiputra beragama Islam & sebahagian penduduk bumiputra yang bukan beragama Islam.
ii) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (UNSO).

iii) Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO).Untuk mendapatkan hak yang sama (bumiputra) dan tidak tertinggal dan mundur.

Menentang: 
i) Sebahagian penduduk bumiputra yang bukan beragama Islam.
ii) Parti Pasok Momugun hanya pada peringkat awal sahaja. Khuatir didominasi, ingin bergabung dengan Sarawak,Brunei sahaja. Sangsi  dengan penubuhan dan ingin merdeka tanpa pencatuman.

Sarawak:
  Sokongan :
i) Penduduk bumiputra beragama Islam & sebahagian penduduk bumiputra yang bukan beragama Islam.
ii) Barisan Rakat Jati Sarawak (BERJASA), Persatuan Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA).
iii)  Untuk mendapatkan hak yang sama (bumiputra) dan tidak tertinggal dan mundur.

Menentang :
i) Sebahagian penduduk bumiputra yang bukan beragama Islam.
ii) Parti Negara Sarawak (PANAS),Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) & Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Khuatir didominasi, ingin merdeka sebelum  bergabung dan tiada faedah dari segi ekonomi.

Singapura:

   Sokongan:
i)    Pada dasarnya kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew yang Presiden Parti Tindakan Rakyat (PAP/PETIR) bersutuju dengan penggambungan Singapura- Malaysia walaupun menghadapi tentangan dari golongan berhaluan kiri kerajaan iaitu yang terdiri daripada Parti Rakyat Rakyat Singapura (UPP), Parti Barisan Sosialis dan Buruh Singapura.

FAKTOR PENGGAMBUNGAN:

i) Dapat menyelamatkan parti PAP dari golongan berhaluan kiri.

ii) Soal keselamatan akan menjadi tanggung-jawab Kerajaan Persekutuan (T.Melayu) dan sebarang ancaman dapat dikawal .


BRUNEI:


 SOKONGAN:
i) Pada tahun 1962, dalam satu persidangan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin bersetuju dengan Penubuhan Malaysia.
ii) Walaupun bagaimanpunpersetujuan ini tidak berakhir dan pergabungan kerana pemimpin kerajaan Tanah Melayu tidak menerima syarat yang penggabungan yang dibuat oleh Kerajaan Brunei.

  Penentangan :
i) Tentangan kuat datang dari Pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azhari.
ii) A.M. Azhari ingin Brunei bergabung Sabah dan Sarawak bagi membentuk Kalimantan Utara.
iii) Penentangan ini berlaku kerana khuatir British akan mengekalkan pengaruhnya di Brunei sekaligus menguasai segala hak negara tersebut.
iv) Usaha ini berjaya digagalkan oleh Sultan Brunei dan kerajaan British
REAKSI  DALAMAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA :

  TANAH MELAYU:

 SOKONGAN
i) Sebelum 1961, terdapat golongan UMNO yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang dengan pengaruh Singapura.
ii) Selepas kesediaan Sabah & Sarawak kebimbangan mereka lenyap.

PENENTANGAN: 
i) (PAS) Terdapat segelintir golongan yang menentang seperti Pertubuhan Parti Politik Islam Se- Melaya.
ii) Parti ini mencadangkan agar Indonesia dan Filipina juga dimasukkan ke dalam gagasan tersebut.

Proses  Ke Arah Pembentukan Malaysia  :

1) Rundingan ( Jawatankuasa Perpaduan Kaum JPPK)

i) Pada Julai 1961, JPPK ditubuhkan untuk mendapat maklumbalas dan pandangan dari Negara terbabit.
ii) Selain itu JPPK juga berperanan untuk memberi penjelasan mengenai konsep malaysia kepada penduduk negara-negara yang terbabit.

2) Rundingan (Suruhanjaya Cobbold)
i) Ditubuhkan pada 16 januari 1962 dan diketuai oleh Lord Cobbold.
ii) Tujuannya adalah untuk meninjau dan menyelidik pendapat penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan membentuk Malaysia.
iii) Hasilnya ada tiga golongan :
      1) 1/3 menyokong tanpa syarat.
     2) 1/3 menyokong dengan syarat dan jaminan.
     3) 1/3 – ½ dengan syarat kemerdekaan ½ lagi ingin kekal dalam pemerintahan British.
iv) Nama persekutuan baru yang akan ditubuhkan adalah Malaysia berdasarkan persetujuan ramai.
v)Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
vi) Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
vii) Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
viii) Parlimen Malaysia akan mempunyai perwakilan daripada Sabah dan Sarawak.
viiii)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun, Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan

3) (Rundingan) Jawatankuasa Antara Kerajaan
i) Ditubuhkan hasil daripada kajian terdahulu dan diketuai oleh Lord Landsdowne.
ii) Tujuannya adalah untuk membentuk perlembagaan Malaysia yang berasaskan Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu  1957 dan laporan jawatankuasa terdahulu.
iii) Hasilnya, Perlembagaan Malaysia terbentuk.

Antara asas perlembagaan Malaysia ialah :
i) Islam sebagai Agama rasmi (kecuali Sabah & Sarawak)
ii) ) B.Melayu sebagai Bahasa rasmi
iii) kawalan imegresen bagi negeri Sabah & Sarawak adalah hak negeri.

4) (Rundingan) Refrendum Singapura
i) Diketuai oleh kerajaan Singapura.
ii) Tujuannya, adalah untuk mendapat pungutan Singapura rakyat Singapura mengenai pembentukan Malaysia.
iii) Hasilnya, Majoritinya (70%) bersetuju dgn syarat yang telah ditetapkan.
iv) (Rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajan Singapura & Persekutuan Tanah Melayu melalui kertas Putih pada November 1961).

5) Kertas Putih :
i) Aspek PERTAHANAN, PERHUBUNGAN LUAR & KESELAMATAN tanggungjawab Persekutuan.
ii) Pendidikan dan Tenaga Buruh tanggungjawab Singapura.
iii) EKONOMI, PERINDUSTRIAN& PERKILANGAN tanggungjawab Bersama.
Isu-isu yang timbul :

  Brunei:
 Walaubagaimanapun Sultan Omar Ali Saifuddin Tidak bersetuju dengan kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Tanah Melayu yang mana sebelum itu telah menggariskan beberapa permintaan iaitu :

i) Menuntut 10 buah kerusi di Parlimen
ii) Menguasai semua hasil minyak.
iii) Memegang autonomi hal-hal kewangan.
iv) Mengekalkan semua pelaburannya.
v) Mengekalkan kadar program pendidikan dan kebajikan.
vi) Menuntut keselamatan Brunei dalam  Malaysia terjamin.
vii) Mengiktirafkan Kekanan Sultan Brunei dalam MRR bermula dari tarikh beliau dilantik menjadi Sultan Brunei bukan dari tarikh kemasukan Brunei ke Malaysia.

LAMPIRAN:
  A) RAJA-RAJA MELAYU






B) Menteri Sabah yang pertama, Tun Mohamad Fuad Stephens mengisytiharkan Sabah menyertai pembentukan Malaysia bersama Malaya, Sarawak dan Singapura.




C) Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. 




rusdinhusin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment